PCOS adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya. Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit.
Pengidap PCOS juga mempunyai level hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi, menghasilkan hirsutism (sila lihat hirsutism); rambut kepala nipis di bahagian ubun-ubun (botak) dan jerawat.
Penyebab
Punca PCOS masih belum diketahui. Wanita PCOS mempunyai tahap hormon-hormon pituitari luteinizing (LH) dan hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi yang boleh mengganggu fungsi normal ova (telur). Jika imbasan ultrasound dilakukan pada wanita PCOS, beberapa sista kecil (4-9 mm) dapat dilihat di dalam ovari. Sista kecil ini adalah folikel kecil (yang di dalamnya terkandung telur) yang tidak mampu berkembang kepada saiz yang akan mencetuskan ovulasi. Akibatnya, kadar estrogen, progesterone, LH, dan folikel merangsang hormon (FSH) menjadi tidak seimbang. Ini adalah antara penyebab phenomena PCOS.
Ketidak seimbangan hormon dalam PCOS akan menjurus kepada masalah kesihatan yang lain seperti kencing manis jenis 2 dan masalah kardiovaskular.
Bagaimana hendak mengurangkan komplikasi?
Kesimpulan
Amalkan cara hidup sihat dan kekalkan berat badan yang ideal. Makanlah makanan seimbang dan berkhasiat serta halal. Dengan cara-cara hidup seperti inilah, PCOS dan komplikasinya dapat dibendung dan dikurangkan.