Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan ketekalan. Ia terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak
Kebanyakan batu hempedu tidak memberi sebarang gejala. Jika ia menyebabkan gejala, kebiasaannya ia sudah mengalami keradangan dan batu tersebut telah tersumbat pada bahagian saluran biliari. Apabila hal ini berlaku, pesakit akan mengalami gejala seperti:
Sememangnya gejala bagi penyakit pundi hempedu dan gastrik sangat tidak jauh berbeza. Bahkan, doktor sendiri mengatakan ia hampir sama lantas sukar menentukan jika perlu ubat batu hempedu di farmasi atau tidak.
Gejala yang ada pada batu hempedu yang tiada pada gastrik
1. Kembung selepas makan
2. Sakit belakang yang teruk
3. Loya dan muntah
4. Penyakit kuning
5. Demam
Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kegagalan organ hati yang memiliki pelbagai fungsi penting dalam badan.
Rawatan
Rawatan menggunakan kaedah tanpa pembedahan juga boleh digunakan untuk merawat penyakit batu karang hempedu. Penggunaan ubat atau terapi oral mempunyai peranan terhad kerana kurang berkesan dan kejadian berulang yang tinggi. Ia hanya digunakan dalam situasi apabila pesakit mempunyai risiko tinggi untuk menjalani pembedahan atau anestetik.