KLINIK DR ROSE

KAMU ADA KOLESTEROL TINGGI TAK?

Kolesterol adalah lemak yang dihasilkan secara semulajadi di dalam badan. Kolesterol juga merupakan salah satu elemen yang penting dalam badan. Hanya 20% kolesterol yang diperlukan badan boleh didapati dari sumber makanan dan 80% dihasilkan sendiri oleh hati.

Kolesterol penting untuk menghadam makanan dengan menghasilkan asid bile di dalam usus, menghasilkan hormon, membina struktur dinding sel badan dan menghasilkan Vitamin D. Tapi, jika berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Apakah itu kolesterol tinggi?

Kolesterol tinggi ( Dyslipidemia atau Hypercholesterolemia ) bermaksud paras kolesterol lebih daripada normal sehingga boleh menyebabkan penyakit merbahaya yang tidak diingini seperti serangan jantung dan stroke. Tahukah anda, seramai 7.5 juta rakyat malaysia menghadapi masalah tinggi kolesterol iaitu seramai 33 peratus dari populasi.

Apakah tanda-tanda kolesterol tinggi?

Anda boleh menghidap kolesterol tinggi tanpa mempunyai apa-apa simptom dan hanya diketahui ketika membuat pemeriksaan darah atau diserang penyakit akut ( serangan jantung dan stroke ). Oleh kerana kolesterol tinggi boleh menyebabkan penyakit yang serius tanpa ada apa-apa amaran, adalah penting mendapatkan ujian pemeriksaan darah untuk mengetahui tahap kolesterol.

Jika anda adalah individu yang mempunyai salah satu kriteria di bawah, anda disarankan untuk membuat saringan ujian darah bagi mengetahui tahap kolesterol terlebih awal bagi mengelakkan penyakit merbahaya.

  • Mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit kolesterol tinggi
  • Berumur 30 tahun ke atas ( sumber : Malaysia cpg guidelines for management of dyslipidemia 2023 )
  • Merokok.
  • Obesiti.
  • Pernah menghidap penyakit darah tinggi ketika mengandung.
  • Menghidap penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, darah tinggi atau diabetes.

Bagaimana mencegah paras kolesterol yang tinggi?

  • Berhenti merokok.
  • Mengurangkan berat badan.
  • Mementingkan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan elakkan pengambilan makanan fastfood dan deep fried.
  • Membuat saringan kesihatan berkala.

Kesimpulannya, amalkan cara hidup sihat dan kekalkan berat badan yang ideal. Makanlah makanan seimbang dan berkhasiat serta halal. Jom dapatkan pemeriksaan ujian darah di Klinik Dr Rose cawangan Jalan Kebun dan di cawangan Telok Gadong.

SHARE:

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions