Keputihan pada wanita : bahayakah?

Badan kita ada cara tersendiri untuk membersih dan mempertahankan dirinya. Antara organ yang membersih secara semulajadi adalah vagina.

Discaj dari vagina, dipengaruhi oleh kitaran hormon; putih ke kekuningan. Akan lebih banyak jika wanita tersebut menyusu / rangsangan seksual.

Perubahan pada discaj akan diketahui jika terdapat

  1. Infeksi terjadi akan bertukar warna kepada hijau / kelabu
  2. Perubahan pada bau discaj – bau seperti ikan / hanyir?
  3. Kegatalan di area kemaluan / rasa seperti terbakar
  4. Iritasi pada kulit di kemaluan

Kenapa berlaku perubahan ini?

Ini kerana ketidakseimbangan pada ekosistem di vagina. Antaranya;

  1. Penggunaan sabun / pencuci wanita
  2. Pengambilan antibiotiks
  3. Perubahan hormon kerana mengandung
  4. Infeksi
  5. Terjadi infeksi yang disebabkan oleh kegiatan seksual
  6. Alergi kepada latex kondom

Cara mengubati simptoms ini.

Berjumpa dengan doktor terdekat dan bincangkan perkara ini, kerahsiaan akan dijaga. Jika perlu, bawa pasangan juga. Sementara itu, anda bolehlah lakukan ini untuk mengurangkan simptoms yang ada;

  1. Tidak melakukan ‘douche’
  2. Tidak menggunakan pewangi di kawasan kemaluan
  3. Memastikan kawasan kemaluan kering
  4. Pengunaan seluar dalam kain kapas – untuk memastikan kawasan wanita anda ‘bernafas’
  5. Tidak memakai seluar yang ketat
  6. Menukar sabun pencuci baju jika perlu

Doktor juga akan mengambil sampel dari kemaluan dan di hantar untuk ‘culture & sensitivity’ (C&S) dengan itu, kita dapat mengetahui organisma penyebab keputihan ini dan dapat memberi ubat yang bersesuaian.

Yang penting, jangan dibiarkan terlalu lama kerana kesan sampingan boleh membahayakan kesihatan anda dan juga boleh menyebabkan kemandulan.

 

Perlu bantuan?

Kami di Klinik Dr Rose sedia membantu.

Klinik Dr Rose Jalan Kebun ☎️: 0196992972

*******

Klinik Dr Rose Telok Gadong ☎️: 0179832005

 

 

 

No 51, Jalan Kebun Nenas, 7A, KS 8, Bandar Putera 2, 41200 Klang, Selangor
Mon-Sat: 9:00am-11:00pm

Sun/PH: 9:00am- 5:00pm
Contact Information
  • klinikdrrose@gmail.com
  • 019-699 2972
@ 2025 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.