Buasir adalah saluran darah vena yang membesar di bahagian rektum dan dubur. Terdapat 2 jenis buasir:
Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas buang najis tanpa kesakitan. Ada juga yang mengadu terdaptnya unjuran yang keluar dari dubur selepas buang najis. Unjuran boleh hilang sendiri atau perlu menolak balik ke dalam.
Merupakan salur darah vena yang bengkak di luar dubur. Pesakit akan megadu sakit, berdarah atau gatal. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.
Buasir terjadi kerana meneran semasa buang najis (sembelit). Seseorang yang sering mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini.
Perlu ke berjumpa doktor?
Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya buang air besar beserta darah. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus.
Pemeriksaan kanser usus perlu dibuat bagi:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor kami
017-9832005 – Klinik Dr Rose Telok Gadong