KLINIK DR ROSE

ANAK JAUNDIS! APA MAKANAN YANG PERLU IBU ELAKKAN?

Jaundis adalah dimana bayi yang baru lahir mengalami masalah demam kuning. Situasi ini adalah normal kerana berlakunya peningkatan bilirubin dalam darah. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

Siapakah yang berisiko mendapat jaundis neonatal teruk?

  • Bayi lahir pra-matang
  • Berat bayi rendah
  • Jaundis dalam tempoh 24 jam kelahiran
  • Ibu kumpulan darah ‘O’ atau Rhesus negatif
  • G6PD deficiency
  • Cephal haematoma (benjolan darah beku di kulit kepala)
  • Bayi kepada ibu diabetes
  • Sejarah anak yang lalu jaundis teruk

Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?

  1. Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
  2. Peningkatan kekuningan yang cepat.
  3. Bayi anda mengalami defisiensi G6PD.
  4. Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.
  5. Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
  6. Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.

Makanan ibu untuk bayi kuning perlu dielakkan

  1. Minuman beralkohol
  2. Karbohidrat yang ditapis – bakeri, roti putih, pasta
  3. Makanan dalam tin, berbungkus & salai
  4. Lemak tepu & trans – bergoreng, berminyak, fast food
  5. Ikan & kerang mentah atau kurang masak
  6. Daging merah

Kesimpulan
Anda harus segera membawa bayi untuk pemeriksaan doktor jika jaundis yang dialami tidak sembuh dalam tempoh 2 minggu.
Punca kuning bayi lambat turun mungkin disebabkan daripada jangkitan, masalah dengan hati atau sistem hempedu, metabolisme atau genetik.

SHARE:

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions