KLINIK DR ROSE

CELAH KAKI GATAL, MENGELUPAS ? INILAH KULAT AIR! @ TINEA PEDIS

Sebenarnya, penyakit kaki atlet atau dalam bahasa mudahnya, kulat air adalah masalah kulit yang biasa terjadi pada kaki disebabkan oleh kulat. Walaupun ia jarang menjadi serius, namun gejalanya boleh mengganggu.

Kulat kaki juga dikenali sebagai Tinea Pedis adalah jangkitan kulat berjangkit yang mempengaruhi kulit pada bahagian kaki. Bukan hanya terhad pada kawasan kaki, ia juga boleh merebak ke kuku kaki dan tangan.

Di samping itu, kulat kulit ini juga disebabkan oleh pelbagai jenis kulat yang dikenali sebagai dermatophytes atau moulds. Keadaan kaki yang sentiasa tertutup, panas, ataupun persekitaran lembap akan menjadi medium yang sesuai untuk perkembangan kulat. Manakala, keratin, protein yang terdapat dalam rambut, kuku dan kulit akan menjadi ‘makanan’ kepada kulat.

Tanda dan gejala TINEA PEDIS

Terdapat banyak kemungkinan gejala penyakit kulat ini, termasuklah:

  • Rasa gatal, menyengat, dan sensasi seakan terbakar di antara jari kaki atau tapak kaki
  • Kulit kaki merekah dan mengelupas, paling kerap di antara jari kaki dan tapak kaki
  • Kulit kering di tapak kaki atau bahagian kaki
  • Warna kuku kaki tidak sekata, tebal, dan rapuh

Ini cara merawat kulat air

1. Rawatan over-the-counter (OTC)

2. Bawang putih

3. Mandi garam laut

4. Bedak talkum

SHARE:

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions