Penyakit cacar monyet disebabkan oleh virus cacar monyet dari gen Orthopoxvirus dalam kumpulan Poxviridae.
Berdasarkan keterangan WHO, cacar monyet adalah penyakit zoonosis (dapat ditularkan haiwan ke manusia) yang terjadi terutama di daerah hutan hujan tropis Afrika tengah dan wilayah barat.
“Merujuk kepada laporan situasi mpox yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bertarikh 12 Ogos 2024, dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2024 terdapat sebanyak 99,176 kes mpox di seluruh dunia membabitkan 116 negara, dengan 208 (0.21%) kematian.
Di Malaysia, jumlah keseluruhan mpox yang disahkan setakat ini ialah sembilan kes dan semua kes mempunyai sejarah menjalankan aktiviti berisiko dan kini sudah pun sembuh serta tiada kematian dilaporkan.
Jangkitan boleh berlaku antara manusia ke manusia melalui sentuhan rapat secara langsung dengan ruam atau lepuh pada kulit individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan.
Malah, jangkitan juga boleh berlaku melalui pendedahan kepada cecair respiratori semasa hubungan intim dengan gejalanya ialah demam berserta ruam ‘maculopapular rash’ atau ruam lepuh pada muka, tapak tangan, tapak kaki, kemaluan, konjunktiva dan kornea.
Gejala Cacar Monyet
Buat masa sekarang, masih tiada rawatan spesifik untuk cacar monyet. Rawatan untuk cacar monyet biasanya rawatan simptomatik.
Ubat seperti paracetamol akan diberi untuk meredakan demam dan sakit badan. Berdasarkan CDC (Centre For Disease Control And Prevention), apabila berlakunya wabak cacar monyet, ubat antiviral boleh digunakan untuk rawatan bagi jangkitan yang serius.