ANTIBIOTIK DAN PENGGUNAANNYA, INI YANG PERLU ANDA TAHU

Anda kena tahu dan sentiasa ingat, antibiotik hanya boleh membunuh atau merencat bakteria daripada semakin banyak. Ia tidak berkesan merawat penyakit yang berpunca dari virus.

Walau bagaimanapun, menyalahgunakan antibiotik boleh menyebabkan rintangan antibiotik. Oleh itu, anda perlu kebenaran tentang penggunaan antibiotik yang perlu anda ketahui.

  1. Menggunakan antibiotik bila diberi oeh doktror sahaja
  2. Habiskan antibiotik dalam tempoh masa yang disarankan walaupun anda telah sihat
  3. Jangan simpan antibiotik yang tidak habis
  4. Jangan berkongsi antibiotik

Kesan sampingan antibiotik:

  1. Cirit-birit
  2. Allergik
  3. Jangkitan yis
  4. Gigi kuning

Apa itu rintangan antibiotik — Ia adalah keadaan di mana bakteria tidak lagi bertindak balas terhadap rawatan dengan menyesuaikan diri dengan antibiotik tersebut atau bermutasi kepada bentuk yang lebih kebal.

Organisasi kesihatan di seluruh dunia menyarankan anda perlu mengurangkan penggunaan antibiotik, terutama untuk keadaan yang tidak serius.

No 51, Jalan Kebun Nenas, 7A, KS 8, Bandar Putera 2, 41200 Klang, Selangor
Mon-Sat: 9:00am-11:00pm

Sun/PH: 9:00am- 5:00pm
Contact Information
  • klinikdrrose@gmail.com
  • 019-699 2972
@ 2025 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.