APA ITU ECG? JANGAN TAKUT UNTUK MELAKUKAN UJIAN KESIHATAN JANTUNG.

Anda mesti pernah mendengar ECG, ia adalah singkatan bagi elektrocardiogram – prosedur bukan invasif (tidak berbahaya atau menyakitkan) untuk mengukur aktiviti elektrik jantung.

Mereka yang memgalami masalah jantung seperti sakit dada atau degupan jantung tidak normal akan dipantau menggunakan alat ini. Dimana perubahan pada aktiviti jantung boleh dipaparkan sebagai perubahan corak ECG normal.

ECG juga dilakukan terhadap pesakit yang mempunyai gejala:

  1. Pening kepala
  2. Kesukaran bernafas
  3. Kesukaran melakukan aktiviti fizikal kerana mudah penat
  4. Nadi yang laju dan tidak sekata
  5. Ketidakseimbangan elektrolit di dalam badan

Keputusan ECG dapat memberi informasi:

  1. Ritma jantung
  2. Kelajuan nadi
  3. Struktur jantung yang tidak normal
  4. Saluran atau bahagian yang tersumbat
  5. Keberkesanan rawatan seperti pemasangan alat pacemaker
  6. Serangan jantung terdahulu atau pada masa tersebut

LAKUKAN PEMERIKSAAN DENGAN SEGERA!! JANGAN MENUNDA PEMERIKSAAN SEKIRANYA MENGALAMI GEJALA. IA HENDAKLAH DILAKUKAN KETIKA SEDANG MENGALAMI GEJALA UNTUK PEMERIKSAAN YANG TEPAT.

No 51, Jalan Kebun Nenas, 7A, KS 8, Bandar Putera 2, 41200 Klang, Selangor
Mon-Sat: 9:00am-11:00pm

Sun/PH: 9:00am- 5:00pm
Contact Information
  • klinikdrrose@gmail.com
  • 019-699 2972
@ 2025 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.