BERSETUBUH KETIKA HAMIL? BOLEH KE? RELAX! JANGAN TAKUT!!

Dalam masyarakat kita, topik seks masih lagi tabu, namun ia perlu dibincangkan demi keharmonian rumah tangga. Ramai ibu-ibu takut untuk melakukan seks selepas dimomokkan dengan kisah perdarahan, risiko keguguran dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, seks semasa hamil adalah selamat dan tidak menyebabkan kesan negatif kepada bayi dalam kandungan.

Situasi berbahaya dimana jangan melakukan seks:

  1. Perdarahan abnormal pada faraj
  2. Pernah komplikasi ketika hamil
  3. Air ketuban pecah
  4. Pembukaan servik yang pramatang
  5. Didiagnosis rahim lemah atau uri di bawah

Manfaat klimax ketika hamil:

  1. Menenangkan emosi serta minda – hormon endorfin dan dopamin dilepaskan
  2. Mengurangkan resiko masalah jantung – mungkin menurunkan homosistein
  3. Menenangkan libido dan nafsu seks – kira-kira 40% mendambakan seks yang hangat ekoran perubahan hormon ketika kehamilan
  4. Menguatkan hubungan dengan pasanan – memori indah yang tidak diulang pada waktu lain

Soalan-soalan lazim:

  1. Seks penyebab keguguran – kebanyakan keguguran terjadi kerana perkembangan janin tidak normal
  2. Suami terkena jangkiran seksual – elakkan seks kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan untuk ibu dan bayi dalam kandungan
  3. Posisi seks terbaik – kebanyakan posisi adalah okay dan boleh selagi selesa
  4. Ibu menolak – cuba peluk, cium atau massage, kesoronokan keintiman tidak hanya didapatkan melalui hubungan seks semata.

Seks adalah elemen penting tapi bukan satu-satunya cara dalam mendapatkan keharmonian dan kebahagiaan hubungan suami isteri.

No 51, Jalan Kebun Nenas, 7A, KS 8, Bandar Putera 2, 41200 Klang, Selangor
Mon-Sat: 9:00am-11:00pm

Sun/PH: 9:00am- 5:00pm
Contact Information
  • klinikdrrose@gmail.com
  • 019-699 2972
@ 2025 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.