BUASIR, KENAPA BOLEH TERJADI? JANGAN MALU MENDAPATKAN RAWATAN

Buasir adalah saluran darah vena yang membesar di bahagian rektum dan dubur. Terdapat 2 jenis buasir:

  • Buasir dalam

Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas buang najis tanpa kesakitan. Ada juga yang mengadu terdaptnya unjuran yang keluar dari dubur selepas buang najis. Unjuran boleh hilang sendiri atau perlu menolak balik ke dalam.

  • Buasir luar

Merupakan salur darah vena yang bengkak di luar dubur. Pesakit akan megadu sakit, berdarah atau gatal. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.

Buasir terjadi kerana meneran semasa buang najis (sembelit). Seseorang yang sering mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini.

Perlu ke berjumpa doktor?

Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya buang air besar beserta darah. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus.

Pemeriksaan kanser usus perlu dibuat bagi:

  1. Berumur 40 tahun ke atas
  2. Sejarah perubatan kanser usus atau ahli keluarga/saudara mengalami kanser usus
  3. Sakit atau ketidakselesaan perut
  4. Buang najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit dan atau sembelit
  5. Turun berat badan tanpa sebab

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor kami

017-9832005 – Klinik Dr Rose Telok Gadong

No 51, Jalan Kebun Nenas, 7A, KS 8, Bandar Putera 2, 41200 Klang, Selangor
Mon-Sat: 9:00am-11:00pm

Sun/PH: 9:00am- 5:00pm
Contact Information
  • klinikdrrose@gmail.com
  • 019-699 2972
@ 2025 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.