MANFAAT MAGNESIUM UNTUK KESIHATAN

Seorang dewasa mengandungi lebih kurang 25 g magnesium dengan 50%- 60% terdapat di tulang dan selebihnya dalam tisu-tisu badan. Fungsi magnesium ini penting dalam sistem metabolisma badan. Kekurangan pengambilan mikronutrien yang satu ini sudah pasti akan memberi kesan kepada tahap kesihatan seseorang.

Manfaat magnesium:

  1. Kesihatan tulang

Ia penting untuk pembentukan tulang, membantu mengabungkan kalsium ke dalam tulang dan memainkan peranan penting dalam mengaktifkan vitamin D dalam buah pinggang.

  1. Reaksi biokimia, antara kebaikan vitamin magnesium

Bertindak sebagai kofaktor atau “molekul penolong” dalam tindak balas biokimia berterusan yang dilakukan enzim seperti:

  • Penghasilan tenaga. Bantu menukar makanan menjadi tenaga.
  • Pembentukan protein. Bantu mencipta protein baru daripada asid amino.
  • Mengekalkan gen. Bantu membuat dan membaiki DNA dan RNA.
  • Pergerakan otot. Sebahagian daripada kontraksi dan melegakan otot.
  • Peraturan sistem saraf. Membantu mengawal neurotransmiter, yang menghantar mesej ke seluruh otak dan sistem saraf.
  1. Melegakan insomnia

Magnesium membantu anda untuk tidur. Ia menjadikan tubuh lebih tenang untuk tidur dengan melegakan otot, memberikan ketenangan pada saraf.

  1. Mengurangkan risiko penyakit

Jika anda berisiko untuk mendapat diabetes atau mungkin sudah menghidapi diabetes, magnesium merupakan mineral penting untuk anda.

  1. Penjagaan jantung

Magnesium diperlukan untuk kekalkan kesihatan otot, termasuk jantung, dan untuk menghantar signal elektrik dalam tubuh anda.

  1. Cegah migrain, sakit kepala

Terdapat kajian menunjukkan mineral ini boleh membantu mencegah atau melegakan sakit kepala.

  1. Memperbaiki emosi

Jika anda berdepan masalah kemurungan, diet pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan emosi dan terdapat kajian mendapati bahawa suplemen magnesium terbaik berfungsi seperti ubat anti-kemurungan.

8. Meningkatkan ingatan

Kajian mencadangkan bahawa peningkatkan pengambilan magnesium untuk meningkatkan memori dan membantu mengurangkan masalah ingatan.

No 51, Jalan Kebun Nenas, 7A, KS 8, Bandar Putera 2, 41200 Klang, Selangor
Mon-Sat: 9:00am-11:00pm

Sun/PH: 9:00am- 5:00pm
Contact Information
  • klinikdrrose@gmail.com
  • 019-699 2972
@ 2025 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.