PENYAKIT KELAMIN! BOLEH SEMBUH KE? MACAM MANA NAK TAU?

STD atau penyakit kelamin merupakan antara jangkitan yang mungkin tidak mempunyai sebarang simptom atau tanda sebagai amaran. STD disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti.

Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi di kalangan remaja berumur antara 16 hingga 24 tahun. Di antara sebab pertambahan kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks dan melakukan seks bebas pada umur yang muda.

Jangkitan STD tidak akan merebak melalui bersalaman, pelukan, tempat duduk mangkuk tandas, tuala, hidangan makanan, telefon atau gigitan serangga. Apa yang perlu anda tahu, badan tidak membina sebarang imunisasi kepada sebarang penyakit kelamin.

Simptom STD:

  1. Benjolan, luka atau ketuat berhampiran mulut, dubur, zakar atau faraj.
  2. Bengkak atau kemerahan berhampiran zakar atau faraj.
  3. Ruam.
  4. Kesakitan ketika kencing.
  5. Kehilangan berat, kurang membuang air besar, berpeluh pada waktu malam.
  6. Sakit badan, demam dan mengigil.
  7. Penyakit kuning.
  8. Keluar cecair dari faraj atau zakar. Cecair dari faraj mungkin mengeluarkan bau.
  9. Pendarahan pada faraj, selain dari tempoh haid
  10. Kesakitan ketika berhubungan seks.
  11. Kegatalan yang kronik pada bahagian zakar atau faraj.

Diagnosa: Melalui aduan dan sejarah pesakit. Ini diikuti dengan ujian darah, air kencing dan ujian-ujian yang lain. Sampel juga di ambil untuk dihantar ke makmal.

Pencegahan: Hindari seks bebas dan setia kepada pasangan adalah cara yang paling efektif dan praktikal.

Sekiranya anda merupakan golongan yang berisiko atau mempunyai gejala berhenti melakukan sebarang perhubungan seks dan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan (anda dan pasangan)

No 51, Jalan Kebun Nenas, 7A, KS 8, Bandar Putera 2, 41200 Klang, Selangor
Mon-Sat: 9:00am-11:00pm

Sun/PH: 9:00am- 5:00pm
Contact Information
  • klinikdrrose@gmail.com
  • 019-699 2972
@ 2025 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.