DOKTOR.. RUAM ANAK SAYA SEMAKIN TAK SEMBUH LAA..
macam macam saya dah cuba.
Kesian mak ini, risau keadaan kulit anak yang tidak sembuh walau sudah disapu losyen dan krim.
Saya pun memeriksa kulit anaknya : kemerahan, kering, bersisik.
Alamak, ini ekzema. Jom saya explain..
Ekzema (Atopic Dermatitis) ialah radang pada kulit bercirikan gatal / melecur (DBP).
Ramai pesakit yang datang ke klinik kerana gatal yang menyebabkan ruam bertambah banyak dan teruk.
“Gatal –> garu –> gatal”
–> kulit melepuh, kulit kering dan kadangkala jangkitan kuman kerana lapisan kulit yang terbuka.
Ekzema ialah masalah yang sangat common pada 15% kanak kanak. Sebelum umur 5 tahun, penyakit ini dah pun menjelma.
Pada kanak kanak umumnya, ekzema ini terjadi di kawasan muka, lengan dan kawasan belakang lutut.
kawasan ekzema pada kanak kanak dan dewasa
Pertama : jangan digaru!
Kulit akan menjadi tebal, dan lebih teruk boleh menyebabkan jangkitan. Atas kulit kita ada banyak bakteria tau!
Semoga bermanfaat!
Jika ada pertanyaan, boleh menghubungi Klinik Dr Rose
❤️ Dr Roselinda Ismail