KLINIK DR ROSE

BILA NAK BUKA BUKU PINK?

KEPENTINGAN BUKA BUKU PINK AWAL

Ini soalan yang sering kami dapatkan di Klinik Dr Rose:

Macam mana ni ners? Bila saya kena jumpa doktor? Saya mengandung ke? Saya rasa saya mengandung, apa kena saya lakukan? Kalau saya pergi masa kandungan 5 bulan boleh ke?Jika tiada buku pink, tak boleh beranak ke?

Buku Pink di Klinik Dr Rose

First of all, TAHNIAH puan dan suami, Buah Hati Pengarang Jantung yang bakal menyinari hidup keluarga anda is on the way. Tapi, buku Pink WAJIB buat ya..

Sebaik sahaja Puan mendapati diri puan mengandung; urine pregnancy test (UPT) positif / lambat datang haid, sila dapatkan temujanji dengan doktor untuk mengesahkan kehamilan.

Pastikan anda mengetahui Tarikh Hari Pertama Haid yang terakhir (LMP: Last Menstrual Period). Anda digalakkan datang sebelum 12 minggu. Sekiranya, anda tidak pasti LMP, anda dikehendaki melakukan pemeriksaan kandungan dengan segera.

 

BUKU PINK / Rekod Kesihatan Ibu

Buku ini adalah untuk pemantauan kesihatan ibu dan anak sepanjang kandungan. Ia memastikan tiada risiko sepanjang mengandung. Amat disyorkan buat di pada trimester pertama. Buku ini adalah untuk dokumentasi progess kandungan dari awal minggu sehinggalah 40 minggu / bayi lahir.

Semasa temujanji, doktor akan membuka buku mengandung dan beberapa soalan untuk mengambil kira risiko dan tahap kesihatan anda dan kandungan. Antara soalannya ;

  • Alamat Rumah / nombor telefon
  • Pekerjaan ibu dan suami
  • Sejarah merokok / pengambilan alkohol
  • Tarikh Period – regular / tidak / Penggunaan perancang keluarga sebelum ini
  • Sejarah Kandungan yang lalu
  • Masalah kesihatan ibu / alergi / sejarah pembedahan yang pernah dilakukan
  • Sejarah kesihatan keluarga (ibu / ayah)
  • Status Imunisasi ibu

Kemudian akan dilakukan pemeriksaan kesihatan;

  • Tekanan darah
  • Berat dan tinggi badan
  • Ujian air kencing
  • Ujian darah : FBC (Full Blood Count) / HIV / Hepatitis / Syphilis / Kumpulan darah / MGTT (Modified Glucose Tolerance Test)

ULTRASOUND AWAL KEHAMILAN

Setelah semua itu, doktor akan melakukan pemeriksaan kandungan : ultrasound baby.

Pemeriksaan ini adalah untuk memastikan janin di dalam rahim – ada peristiwa, tiada janin di dalam rahim tetapi, UPT positif, haruslah segera di refer ke hospital untuk memastikan bukan kehamilan ektopik. Bilangan janin di dalam rahim – tiba tiba dapat kembar kan

Selain itu, memastikan ukuran janin sesuai dengan tarikh due date (EDD : estimated due date) dan kehadiran jantung janin.

Doktor juga akan melihat keadaan rahim – ada fibroid / cyst yang memerlukan pemantauan yang lebih teliti.

Ibu yang dapat tahu mengandung dan belum sempat membuka buku / temujanji di klinik kesihatan terlalu lama, jom ke klinik kami ; KLINIK DR ROSE JALAN KEBUN & KLINIK DR ROSE TELOK GADONG. Kami ada promosi buku pink tau. Follow up di Klinik Dr Rose adalah lengkap, mengikut follow up seperti di klinik kerajaan.

❤️, Dr Rose

SHARE:

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions