KLINIK DR ROSE

DIABETES DAN PUASA

Alhamdullilah, kita diberi rezeki untuk bertemu dengan bulan yang penuh berkah dan keampunan iaitu bulan Ramadhan. Disini admin ingin berkongsi mengenai penyakit diabetes dan puasa. Ini kerana mereka berdepan risiko 1.6x lebih tinggi diserang hipoglisemia (kandungan gula rendah dalam darah: <4.0 mmol/dl).

Bagaimanapun puasa memberi manfaat:

  • Menurunkan kolesterol
  • Menurunan tekanan darah
  • Meningkatkan sistem kekebalan tubuh

Panduan pemakanan semasa berpuasa:

  • Pastikan bersahur di hujung waktu
  • Pengambilan makanan yang seimbang (sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran)
  • Elakkan makanan tinggi gula semasa berbuka
  • Ambil snek yang sihat selepas terawih
  • Minimal 8 gelas air kosong sehari
  • Hadkan makanan tinggi kolesterol atau lemak semasa sahur atau berbuka puasa
  • Hadkan makanan tinggi garam untuk mengurangkan risiko dehidrasi
  • Mangambil ubatan disesuaikan mengikut waktu makan (arahan doktor)

Walau bagaimanapun, islam membenarkan mereka untuk berbuka sekiranya boleh memudaratkan:

  1. Diabetes yang tidak terkawal
  2. Mengalami komplikasi diabetes yang serius
  3. Tidak mematuhi aturan pemakanan dan ubat-ubatan bagi diabetes
  4. Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoacidosis (tingginya kadar keton dalam tubuh) – tubuh tidak memiliki insulin yang cukup untuk memproses gula darah, maka lemak dijadikan energi dan keton dihasilkan
  5. Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia
  6. Mengandung
  7. Mengalami jangkitan kuman
  8. Warga tua dan tinggal bersendirian

Akhir kata, semoga bulan puasa ini dapat kita lalui dengan sempurna dan diberi pengampunan dan kebebasan dari api neraka. Amin

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan boleh ke Klinik Dr. Rose cawangan Jalan Kebun dan Telok Gadong.

 

SHARE:

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions