KLINIK DR ROSE

BELUM ADA REZEKI ANAK, APA YANG PERLU DILAKUKAN? APAKAH UJIAN – UJIAN KESUBURAN?

Ketidaksuburan adalah masalah yang dihadapi oleh ramai individu pada hari ini. Ini cara terbaik untuk mengesahkan masalah ketidaksuburan yang mungkin anda hadapi dan mencari jalan penyelesaiannya.

Pada kebanyakan masa, pesakit yang menjalani ujian kesuburan adalah wanita yang:

  1. Berusia bawah 35 tahun tetapi tidak boleh hamil selepas setahun mencuba
  2. Berusia lebih 35 tahun tetapi tidak boleh hamil selepas enam bulan mencuba
  3. Melewatkan kehamilan sehingga selepas usia 35 tahun
  4. Mempunyai sejarah keguguran tiga kali atau lebih
  5. Menjalani rawatan endometrosis
  6. Tiub fallopian tersumbat atau meninggalkan parut
  7. Didiagnosis dengan kanser semasa tahun-tahun reproduktif
  8. Kitaran haid tidak teratur.

Ujian hormone darah

Ujian darah untuk mengesan ovulasi (keluar telur). Ini dilakukan dengan mengukur tahap progesteron dalam sampel darah. Ia diambil tujuh hari sebelum haid yang berikutnya. Ujian darah dilakukan semasa haid (diambil di antara hari-hari haid 2-4) untuk memeriksa ketidakseimbangan hormon FSH (folikel merangsang hormone) dan LH (hormon luteinising).

Ujian darah untuk saringan risiko jangkitan

  • HIV 1 dan 2: Anti-HIV – 1, 2
  • Hepatitis B: HBsAg / Anti-HBC
  • VDRL

Imbasan Ultrabunyi (Ultrasound)

Imbasan ultrasound untuk melihat rahim dan ovari. Saiz perkembangan folikel dengan menggunakan imbasan ultrasound bagi mengikuti perkembangan saiz folikel.

Analisa air mani – ujian kesuburan bagi lelaki

Ujian sperma untuk memeriksa rupabentuk, bilangan sperma dan kualitinya. Suami mestilah menahan diri dari mengeluarkan air mani untuk sekurang-kurangnya 1 hari, tetapi tidak melebihi 7 hari.0

Sampel hendaklah dikumpulkan dalam bekas steril yang lebar dan dikekalkan sehampir mungkin kepada suhu badan. Sampel tersebut perlu sampai ke makmal dalam masa 20 minit dan dianalisis dalam tempoh 1 jam untuk mendapat keputusan yang tepat.

SHARE:

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions