Senaman penting bagi mendapatkan kesihatan yang optimum, mengekalkan berat dan mengurangkan tekanan. Bagi faedah kesihatan yang ketara, orang ramai harus melibatkan diri sekurang-kurangnya 150 minit dalam seminggu aktiviti aerobik berintensiti sederhana.
Di antara faedah kesihatan jika melakukan senaman secara berterusan:
Apabila bercakap mengenai senaman untuk menurunkan berat badan, pasti anda akan fikir tentang senama kardio. Namun, tahukah anda senaman angkat berat yang bertujuan untuk membina kekuatan otot juga boleh lakukan perkara yang sama?
Senaman weightlifting bukan sahaja boleh membantu anda untuk memperbaiki postur tubuh malah ia juga boleh buatkan anda tidur dengan lebih lena. Selain itu, anda juga boleh mengekalkan berat badan, mempercepatkan metabolisme dan mengurangkan inflamasi.
Jika anda ingin kurangkan lemak badan, menambah otot dan bakar kalori dengan efisien, senaman angkat berat merupakan senaman yang paling sesuai untuk anda!
5 kebaikan senaman angkat berat untuk anda di bawah!