KLINIK DR ROSE

MELECUR @ LUKA LECUR, & BAGAIMANA MERAWATNYA

Kita dikejutkan dengan berita simbahan acid kepada pemain bole sepak Selangor FC sehingga menyebabkan kecederaan teruk di bahagian lengan dan badannya. Disini admin ingin menghuraikan apa itu luka lecur dan bagaimana merawatnya.

Pengenalan

Melecur atau luka lecur adalah kecederaan pada kulit / lapisan kulit  akibat  terdedah kepada;

  • haba saperti api, cecair panas atau wap / stim
  • bahan kimia
  • arus letrik dari aliran letrik atau panahan petir
  • sinaran
  • geseran

Simptom

Simptom melecur bergantung kepada tempat terkena lecuran, jenis bahan, tahap dan ketenatan. Simptom yang biasa adalah sakit dan kemerahan. Dalam kes yang tenat pembengkakan dan melepuh akan terjadi diikuti kerosakkan tisu pada bahagian yang terlibat.

Bagaimana menentukan tahap keterukan melecur ?

Melecur diklasifikasikan menurut dalamnya luka dan luasnya bahagian kulit yang terlibat. Dalamnya luka dinilai sebagai :

  • Tahap pertama : Lecur pada lapisan kulit bahagian atas ( epidermis )
  • Tahap kedua : Lecur melibatkan lapisan kulit atas dan lapisan kedua ( epidermis dan dermis )
  • Tahap ketiga : Melibatkan keseluruhan lapisan kulit dan juga saraf menyebabkan rasa kebas
  • Tahap empat : Lecur pada keseluruhan lapisan kulit sehingga melibatkan otot dan tulang. Saraf terlibat akan rosak sehingga mangsa hilang rasa sakit.

Luasnya luka lecur dikira sebagai peratusan dimana ukuran selebar tapak tangan mangsa dianggarkan sebagai 1%. Semakin tinggi peratusan permukaan kulit yang lecur semakin teruk keadaan pesakit. Lecur pada muka, tangan, kaki dan kelangkan dikira sebaga lecur yang teruk.

Apakah komplikasi luka lecur ?

Lecur tahap pertama akan sembuh tanpa komplikasi. Lecur yang lebuh dalam komplikasi awal adalah kehilangan bendalir tubuh dari kulit yang luka, Ini akan mengakibatkan hipotensi, suhu badan yang rendah dan shock. Sesak nafas disebabkan lecur pada saluran pernafasan, jangkitan kuman pada luka lecur dan kerosakan pada saraf dan otot adalah dijangkakan.

Komplikasi jangka panjang adalah pembetukkan  parut dan kecacatan kekal serta juga psikologi  trauma.

Bagaimana pesakit melecur di rawat ?

Lakukan;

  • Sejukkan dan cuci bahagian terlibat dengan aliran air bagi mengurangkan sakit. Kaedah ini juga akan mengawal jangkitan dan mengelakkan kecederaan yang lebih teruk.
  • Bawa pesakit ke klinik atau hospital terdekat
  • Sapukan ubat penahan sakit  / analgesic atau ubat antibiotik
  • Kekalkan kebersihan pada bahagian terlibat bagi mengelakkan jangkitan dan mempercepatkan proses penyembuhan

Elakkan;

  • Menutup luka lecur menggunakan kain yang kotor pada kecederaan
  • Menggunakan ais pada luka lecur kerana ini akan menerukkan  lagi kecederaaan
  • Menggunakan sebarang bahan tanpa nasihat doktor

Lecur yang teruk :

  • Luka lecur yang melibatkan muka, kedua tangan dan kaki serta bahagian kelangkang memerlukan rawatan segera atau masuk ke hospital
  • Pesakit yang mengalami lecur teruk perlu dirawat di unit lecur khas di hospital
  • Luka lecur mungkin memerlukan prosedur tampalan kulit
SHARE:

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions