Apa itu haid?
Haid juga dikenali sebagai menstruasi. Ia menunjukkan anda kini menjadi seorang wanita. Haid melibatkan endometrium yang merupakan lapisan uterus, disingkirkan. Penyingkiran ini akan membuatkan pendarahan dari rahim keluar melalui faraj.
Tempoh haid normal wanita adalah 28 hari, tetapi ia mungkin berbeza bagi setiap individu. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lewat, bergantung pada beberapa faktor. Haid yang tidak teratur terjadi apabila tempoh kitaran melebihi 35 hari, atau jika jangka masanya berubah-ubah.
Memahami haid tidak teratur
Haid yang tidak teratur dikenali sebagai oligomenorrhea – apabila jumlah bilangan haid kurang dari 4 hingga 9 kali setahun. Kitaran haid tak teratur juga didefinasikan apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lebih lewat daripada kebiasaan.
Mengapa Masalah Kitaran Haid Tidak Normal Boleh Berlaku?
Mungkin sukar untuk hamil jika mempunyai kitaran haid yang tidak teratur kerana kemungkinan untuk tidak mengalami ovulasi secara sempurna.
Akan tetapi usah risau, mengadakan hubungan kelamin setiap 2 atau 3 hari boleh membantu meningkatkan peluang kehamilan. Anda tidak perlu menyasarkan waktu subur kerana ovulasi anda tidak teratur.
Anda mungkin memerlukan rawatan hormon atau rawatan kesuburan jika sukar untuk hamil secara semula jadi.
Perlu kah anda mengambil ubat bagi haid yang tidak teratur atau haid yang terlalu banyak?