KLINIK DR ROSE

LAMBAT PANCUT! ISTERI PENAT DAN BOSAN DI RANJANG

Ramai lelaki nak tahan lama, katanya itu tanda seseorang lelaki itu power di ranjang. Namun, suami yang ‘lambat pancut’ akan membuat isteri menjadi bosan. Justeru itu, persoalan kepada punca lelaki lambat pancut akan dijawab disini.

Lelaki biasanya mencapai klimax dalam waktu sekitar 15 minit ketika melakukan hubungan seks. Sekiranya terlalu cepat klimax lelaki mungkin mengalami kondisi ejakulasi pramatang (premature ejaculation) atau jika sebaliknya, kondisi tersebut dikenali sebagai ejakulasi tertunda (delayed ejaculation). Kedua-duanya juga masalah yang besar.

PUNCA – PUNCA LELAKI EJAKULASI TERTUNDA

1. Faktor fizikal

  • Kecacatan sistem reproduktif lelaki sejak dari lahir
  • Kecederaan saraf pelvik yang mengawal klimax
  • Jangkitan tertentu termasuk infeksi air dan salur kencing
  • Pembedahan kelenjar prostat – pembuangan atau pemindahan
  • Kondisi neurologi seperti diabetes, strok dan kerosakan saraf tunjang
  • Kondisi berkaitan hormon yang rendah seperti tiroid dan testosteron
  • Masalah ejakulasi terbalik di mana air mani kembali ke pundi kencing

2. Faktor mental

  • Terlalu risau akan prestasi dan imej diri sendiri
  • Depresi, kegelisahan, kemurungan dan masalah mental lain
  • Perbezaan di antara realiti dengan fantasi (PORN)
  • Perdebatan pendapat dengan pasangan tentang seks
  • Masalah hubungan seperti komunikasi, toleransi dan kerjasama
  • Tabu di dalam budaya atau agama masing-masing

3. Faktor risiko lain-lain

  • Pengambilan ubat tertentu seperti antidepresi, antipsikotik, antisawan, tekanan darah tinggi, diuretik
  • Pengamalan tabiat buruk seperti menghisap rokok
  • Penggunaan alkohol yang berlebihan, terutamanya peminum tegar untuk jangka masa panjang.

BAGAIMANA CARA MERAWAT

  • Amalkan posisi seks yang sesuai- Mungkin ada teknik tertentu yang boleh membantu masalah suami lambat pancut. Jadi, berbincanglah dengan pasangan tentang posisi, lokasi dan teknik seks yang ideal untuk anda.
  • Jangan fokus pada penetrasi sahaja – Sebenarnya seks sudah bermula sebelum penetrasi berlaku:

1. Hidupkan suasana romantis

2. Tidak dalam keadaan stress

3. Jaga pemakanan – elakkan makanan penyebab kembung perut dan nafas berbau

4. Pemilihan pakaian yang sesuai sebelum seks – menggunakan pakaian yang seksi dan menarik

5. Bercukur

6. Menggunakan alat bantuan seks – seperti lubrikan

7. Kencing sebelum seks

SHARE:

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions