Tahukah anda apa itu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)? Ayuh ketahui bagaimana ia tersebar dan cara merawatnya.
Ia berlaku disebabkan virus jenis Enterovirus terutamanya virus coxsackie. Penyakit ini amat mudah berjangkit dan biasa berlaku kepada kanak-kanak sebelum usia 5 tahun.
Virus ini biasanya merebak antara pesakit melalui sentuhan dengan tangan atau permukaan yang dicemari (air liur, najis atau rembesan pernafasan daripada mereka yang terjangkit).
Tanda-tanda HFMD dan berapa hari HFMD boleh berjangkit
Virus adalah punca HFMD dan biasanya ia adalah virus Coxsackie A16 dan Enterovirus 71.Tempoh eraman biasanya antara 3 hingga 7 hari dan boleh berlanjutan sehingga 2 minggu.
Situasi tersebut menjadikannya mudah merebak dalam kalangan kontak rapat, perkongsian perkakasan atau mainan mahupun apabila kebersihan tangan tidak diamalkan dengan baik, khususnya selepas rutin menukar lampin.
Cara menangani HFMD dengan tingkatkan amalan kebersihan
Amalkan juga tip berikut untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada ahli keluarga yang lain:
Ibu bapa perlu mengenal pasti simptom dehidrasi seperti kurang kencing, mulut kering dan kurang air mata apabila menangis.
Bawa si kecil untuk pemeriksaan doktor jika mereka mengalami gejala seperti pernafasan cepat, kebingungan, mengantuk, pening-pening, leher kebas, sawan, demam melebihi 3 hari dan jika anak tdak mahu makan atau minum.
Dalam kes jarang berlaku, HFMD boleh menyebabkan meningitis. Sebaiknya, ibu bapa disarankan membawa anak berjumpa doktor untuk mencegah komplikasi.