Psoriasis adalah sejenis penyakit keradangan kulit kronik yang boleh berulang, di mana kulit menjadi merah, tebal dan bersisik.
Penyakit kulit bersisik, psoriasis dianggap sebagai kondisi dermatologi seperti ekzema tetapi sebenarnya, penyakit autoimun ini lebih relevan dikaitkan dengan rheumatoid arthritis dan lupus. Ia membawa kepada pembentukan tompok-tompok kering kemerahan, dan kulit bersisik yang disebut sebagai plak.
Sebahagian daripada DNA anda, yang disebut sebagai gen, berfungsi dengan ‘mengarah’ sel-sel badan. Fungsi sistem imun yang sepatutnya melindungi tubuh anda daripada penyerang akan menjadi bertentangan, dengan memicu keradangan dan menjadikan sel-sel kulit terhasil secara berlebihan.
Rawatan untuk kondisi kulit bersisik ini biasanya bertujuan untuk mengekalkan simptomnya di bawah kawalan.
Sekiranya gejala anda kronik atau tidak bertindak balas dengan baik terhadap rawatan, doktor mungkin akan merujuk anda kepada pakar kulit (pakar dermatologi).
Rawatan psoriasis termasuk dalam 3 kategori, iaitu: