KLINIK DR ROSE

APA ITU UJIAN PAP SMEAR?

APA ITU PAP SMEAR?

Pap smear adalah ujian saringan untuk mengesan kanser serviks. Pemeriksaan pap smear ini mengesan sel abnormal kanser atau sel yang boleh menyebabkan kanser pada masa hadapan. Ianya juga boleh mengesan keradangan dan jangkitan.

Pap smear dianggap sebagai “GOLD STANDARD” bagi saringan kanser serviks kerana ianya boleh mengesan sel abnormal sebelum menjadi kanser. Mengesan sel abnormal seawal mungkin boleh meningkatkan peluang untuk sembuh.

PAP SMEAR BOLEH KESAN PENYAKIT APA?

  • Kanser serviks
  • Sel abnormal serviks ( yang boleh bertukar menjadi sel kanser )
  • Human Papillomavirus ( HPV ), iaitu jangkitan melalui hubungan seksual ( STI ) yang boleh menyebabkan kanser

SIAPA PERLU BUAT SARINGAN PAP SMEAR?

Wanita yang berumur 21 tahun hingga 65 tahun dinasihatkan untuk membuat saringan ujian pap smear.

  • 21 hingga 29 tahun – 3 tahun sekali
  • 30 hingga 65 tahun – pap smear 3 tahun sekali atau pap + HPV co test 5 tahun sekali
  • Menghidapi penyakit HIV
  • Telah didiagnos kanser serviks
  • Sejarah keluarga mempunyai kanser serviks
  • Ujian pap smear sebelumnya mempunya sel abnormal

PERSEDIAAN PROSEDUR PAP SMEAR

Prosedur pap smear hanya prosedur yang ringkas dan tidak mengambil masa yang lama.

Sebelum prosedur:

  • Tidak melakukan hubungan seksual 2 hari sebelum prosedur.
  • Tidak menggukan tampons, krim vagina atau cecair di bahagian vagina 2 hari sebelum prosedur.

Ketika berada di bilik prosedur:

  • Menanggalkan pakaian dari paras pinggang ke bawah.
  • Pesakit perlu baring di katil periksa dengan kaki terbentang,
  • Doktor akan memasukkan spekulum ke dalam vagina, pesakit boleh merasakan sedikit tekanan di bahagian punggung.
  • Selepas itu, doktor akan melakukan swab meggunakan berus kecil dan meletakkan sampel ke dalam bekas air.
  • Akhirnya, spekulum dikeluarkan.

Sampel akan dihantar ke makmal untuk diujikaji.

SHARE:

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions