KLINIK DR ROSE

KENALI SIMPTOM KEMURUNGAN

Kemurungan atau depresi adalah salah satu penyakit mental. Ianya adalah kecelaruan emosi seperti rasa sedih berpanjangan, putus harapan dan kemarahan.

Kemurungan memberi kesan kepada aktiviti harian termasuk prestasi kerja dan hubungan sesama manusia. Selain itu, ia turun memberi kesan negatif terhadap diri pesakit yang boleh mempengaruhi perasaan, cara berfikir dan bertindak.

Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Bagi mereka yang pernah mengalami trauma dan tekanan dalam kehidupan seperti keganasan rumah tangga, trauma semasa zaman kanan-kanak serta kehilangan orang yang tersayang, mereka lebih cenderung untuk menghidap kemurungan. Selain itu, menghadapi masalah kewangan, hubungan dan merasa sunyi juga boleh menyebabkan depresi.

SIMPTOM

Semasa episod depresi, pesakit akan mengalami kemurungan ( sedih, merasa kosong atau marah ). Mereka juga akan hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan. Episod seperti ini akan berterusan sepanjang hari dan hampir setiap hari tidak kurang dua minggu.

Selain itu, mereka juga akan mengalami simptom seperti:

  • kurang fokus
  • rasa bersalah dan kurang keyakinan diri yang berlebihan
  • rasa tidak berguna
  • putus harapan
  • tidur yang terganggu
  • perubahan kepada selera makan dan berat badan
  • sentiasa penat dan tidak bermaya
  • mudah cemas dan panik
  • dan yang paling bahaya, berfikir untuk bunuh diri dan cuba untuk bunuh diri

Rawatan

Apa yang penting adalah mendapatkan rawatan seawal yang mungkin kerana depresi boleh dirawat. Terdapat beberapa rawatan yang terdapat seperti

  • Kaunseling
  • Psikoterapi
  • Penggunaan ubat anti-depressant

Doktor akan menilai pesakit dan memberikan rawatan yang sewajarnya seiring dengan simptom pesakit.

Apa yang anda perlu buat jika anda atau orang sekeliling anda mengalami simptom-simptom seperti di atas? Pesakit boleh pergi ke klinik berdekatan untuk disaring atau mendapat konsultasi daripada doktor untuk langkah seterusnya.

SHARE:

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions