GBS adalah group B streptococcus, bakteria ini selalu berada di usus, saluran kencing dan liang faraj. GBS boleh berjangkit melalui ibu kepada bayinya. GBS juga selalunya tidak merbahaya bagi dewasa tapi ianya merbahaya bagi bayi semasa dilahirkan dan yang baru dilahirkan sehingga boleh menyebabkan jangkitan yang serius.
Tidak semua wanita yang membawa GBS menunjukkan simptom, malah majoritinya tidak mempunyai simptom. Tetapi GBS boleh menyebabkan wanita mengandung menghidapi
GBS juka meningkatkan risiko menghidapi jangkitan pada uri dan air ketuban. Jangkitan-jangkitan ini boleh menyebabkan risiko bayi pramatang. Tetapi perlu diingatkan bahawa GBS tidak menentukan kaedah serta tempoh masa untuk melahirkan bayi.
SARINGAN
Saringan semasa kehamilan merupakan langkah penting dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan ibu dan bayi. Masa yang disyorkan untuk pemeriksaan GBS adalah antara 35 dan 37 minggu kandungan. Ini membolehkan pengesanan awal dan persediaan yang rapi untuk dirawat. Proses saringan melibatkan mengambil swab dari vagina dan rektum, yang kemudiannya dihantar ke makmal untuk ujian.
Jika seorang wanita mengandung dan didapati positif untuk GBS, dia akan diberi antibiotik melalui intravena semasa bersalin bagi mengurangkan risiko jangkitan pada bayi yang baru lahir.
KESAN PADA BAYI
Risiko bayi untuk dijangkiti GBS meningkat jika:
GBS boleh mengakibatkan penyakit serius yang boleh mengancam nyawa bayi khususnya bayi pramatang seperti:
ADAKAH GBS BOLEH DIRAWAT?
YA! Bayi yang dijangkiti GBS boleh dirawat menggunakan antibiotik, tetapi rawatan yang paling baik adalah pencegahan. Jadi jangan lupa untuk buat saringan di klinik berdekatan.