KLINIK DR ROSE

Apa yang perlu dilakukan ketika demam

Demam adalah tindakbalas fisiologi untuk melawan jangkitan kuman bakteria / virus. Suhu badan normal manusia adalah 36-37.4oc. Suhu demam adalah >37.5oc

Punca demam akut selalunya adalah kerana Jangkitan. Simptom bersama demam adalah; pening kepala, mengigil, terasa sejuk, sakit badan.

Demam kurang dari 3 hari

  • Selalunya kerana virus – akan self-healing
  • Monitor penyebab demam : kencing kotor / pneumonia / covid / influenza

Demam 4-14 hari

  • Jangkitan kuman bakteria
  • Disarankan untuk pemeriksaan FBC (Full Blood Count)

Demam pada kanak-kanak

Demam pada kanak kanak adalah tidak bahaya, tetapi jika suhu tinggi pada kanak kanak berumur <6tahun boleh menyebabkan sawan demam. Pastikan ubat penurun demam [paracetamol/brufen] diberikan secara berkala. Parents hendaklah memantau suhu anak dan memakaikan pakaian yang nipis untuk mengelak suhu badan terlampau tinggi. Pastikan juga anak anda minum air yang secukupnya dan memakan makanan senang hadam seperti sup, bubur, yogurt.

____________________________________________________________________________

Apa penyebab demam ini? yang famous buat masa ini di Klinik Dr Rose :

  1. DENGGI : elak denggi guys, dengan memastikan tiada takungan air!
  2. INFLUENZA : disarankan untuk mengambil vaksin tahunan influenza
  3. COVID : makin rancak bulan ini ~
  4. HFMD : Penyakit berjangkit yang banyak dari taska / sekolah yang ada kes HFMD
  5. Chicken pox : Penyakit berjangkit yang banyak dari taska / sekolah

FULL BLOOD COUNT (FBC)

Pemeriksaan rutin pemeriksaan biasa dilakukan jika kita ada demam. Ia mempunyai beberapa komponen:

  • WHITE BLOOD CELL (WBC) – sel darah putih –> penanda infeksi di dalam badan
  • Hemoglobin (Hb) – sel darah merah
  • Hematocrit – Kepekatan darah
  • Platelet – untuk pembekuan darah – boleh turun jika jangkitan denggi, dan tinggi di dalam penyakit yang kronik

Di Klinik Dr Rose Jalan Kebun dan Telok Gadong mempunyai in-house lab dan boleh melakukan ujian darah FBC di dalam masa 5 minit sahaja. Penduduk di sekitar Klang boleh lah ke Klinik Dr Rose untuk mendapatkan perkhidmatan kami.

Ini adalah perkhidmatan yang tersedia di Klinik.

Hubungi Kami untuk pertanyaan/ maklumat lanjut. Kami sedia membantu

Salam sihat, Dr Rose.

SHARE:

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions