KLINIK DR ROSE

Saringan Kesihatan

Ujian saringan kesihatan amatlah digalakkan untuk individu yang berumur 30 tahun ke atas. Ia adalah cara yang efektif untuk mengesan penyakit / masalah perubatan.

Tapi, saya rasa sihat je, doktor

Ye betul, sometimes kita rasa sihat dan kuat, tetapi adalah lebih baik kita mengesan penyakit sebelum dia melarat. Kadangkala badan kita berpenyakit akibat dari lifestyle kita yang tidak sihat seperti; merokok, tidak bersenam, meminum arak, memakan makanan tinggi kolesterol dan sebagainya.

Mencegah lebih baik daripada merawat

Jangan tunggu sehingga ada gejala baru kita merawat. contohnya : sakit dada, pening kepala, kerap kencing dan sebagainya. Lakukan diagnostic test secara tahunan disamping menjalani kehidupan yang sihat untuk mengurangkan risiko penyakit.

Saringan darah yang disarankan

Ujian saringan ini termasuk :

  1. Fungsi Buah Pinggang – Renal Function test
  2. Fungsi Hati – Liver Function test
  3. HbA1C – Peratus gula di dalam badan
  4. Uric acid test – gout
  5. Calcium
  6. Ujian air kencing
  7. Gula puasa
  8. Full Blood Count – pemeriksaan darah
  9. Kolesterol di dalam darah

Apakah Kebaikan saringan darah ini?

First, of course lah membantu kita jaga diri kita sendiri. Kedua ialah pengesanan awal penyakit boleh membantu kita mengurus penyakit kita dengan lebih efektif. Jika mempunyai keturunan keluarga yang ada darah tinggi / kencing manis –> anda boleh mengawal kesihatan anda dengan lebih baik. Dan jangan lupa juga, semakin kita berusia, semakin tinggi risiko kita mendapat penyakit.

Bagaimana cara nak ambil darah ni?

Anda boleh berpuasa 8-10 jam dan datang ke Klinik Dr Rose cawangan Jalan Kebun / Telok Gadong. sekarang tengah ada promosi, jom lah buat temujanji / walk in ke klinik kami.

Promosi Saringan Darah – RM70

Pakej ini termasuk ;

  • Konsultasi doktor 2x
  • Pemeriksaan fizikal : Tekanan darah / berat badan / BMI / kiraan jantung
  • Saringan darah

Jika anda perlu tambahan ujian darah, boleh berbincang dengan doktor yang merawat.

Salam Sihat, Dr Rose Ismail

SHARE:

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions