KLINIK DR ROSE

PENTINGNYA VAKSIN INFLUENZA

Apa itu vaksin:

  • Vaksin adalah produk yang dihasilkan dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan, atau protein subunit dari virus.
  • Vaksin membantu merangsang sistem ketahanan semulajadi badan bagi mengurangkan risiko mendapat jangkitan bakteria/virus.
  • Vaksin adalah cara mudah, selamat dan berkesan untuk melindungi individu daripada penyakit berjangkit. Vaksinasi menjadikan ketahanan badan lebih kuat.
  • Vaksin tidak menyebabkan jangkitan kerana ia mengandungi bakteria/virus yang dimatikan atau lemah.

Elak kemasukan ke hospital dengan vaksinasi influenza tahunan.

Sejak kebelakangan ini, kita sering disajikan dengan berita kemasukan hospital yang diakibatkan oleh jangkitan influenza. Namun apa yang membimbangkan, wabak ini mampu memberikan kesan yang lebih buruk kepada wanita mengandung, kanak-kanak, penghidap penyakit kronik dan warga emas.

Vaksin ini amat digalakkan untuk mereka yang berumur 6 bulan dan individu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan influenza, warga emas, para pekerja kesihatan dan sesiapa yang berhubung dengan pesakit jangkitan virus influenza.

Vaksin ini mengurangkan resiko jangkitan, malah mengurangkan tahap keseriusan penyakit ini bagi mereka yang telah dijangkiti oleh virus influenza.

Jenis-jenis vaksin influenza:

  1. Inactive vaccine: jenis yang biasa diberikan dan selamat untuk ibu mengandung. Diberikan melalui suntikan  ke dalam otot.
  2. Live attenuated vaccine: diberikan kepada yang berumur 2 hingga 49 tahun serta tidak mempunyai penyakit kronik. Diberikan secara spray ke hidung. Jarang di Malaysia.

Dapat melindungi daripada 4 jenis jangkitan virus influenza iaitu

  • Influenza A
  • H1N1
  • Influenza H3N2
  • 2 jenis influenza B yang berlainan strukturnya

 

 

 

SHARE:

Dr Rose

  1. Excellent way of describing, and pleasant article to get facts concerning
    my presentation subject, which i am going to present in university.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

make an appointment

You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
@ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
Privacy Policy | Terms & Conditions