KLINIK DR ROSE

DIAREA @ CIRIT BIRIT – PERLU KE BERJUMPA DOKTOR?

Ini boleh terjadi kerana memakan makanan yang tercemar, selain itu juga boleh disebabkan kesan sampingan daripada keadaan pencernaan yang kronik seperti penyakit Crohn, sindrom iritasi usus mahupun kolitis ulseratif. Ia juga boleh disebabkan oleh penyalahgunaan alkohol, alergi, ubat-ubatan atau masalah tiroid.

WHO pada 2009 telah mengisytiharkan diare adalah penyebab kematian ke 2 di kalangan kanak-kanak dan penyebab kematian sebanyak 1.5 juta kanak-kanak di dunia.

Jadi, amat penting untuk mengetahui tanda-tanda diare, serta bila perlu berjumpa doktor. Ini kerana, dehidrasi amat berbahaya terutama pada kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Adakah saya mengalami diarea?

Diare adalah najis yang berair yang lebih kerap dan banyak dari biasa. Ia akan diikuti dengan tanda-tanda seperti:

  1. Sakit dan kekejangan perut
  2. Loya
  3. Keletihan
  4. Demam

Bilakah masa untuk mendapatkan rawatan?

  1. > 6x diare dalam tempoh 24jam
  2. diare yang berlangsung >2 hari
  3. diare + muntah
  4. diare + demam
  5. mengalami dehidrasi
  6. sakit perut
  7. najis bercampur darah @ berwarna hitam @ mengandungi nanah
SHARE:

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions