KLINIK DR ROSE

MENJARAKKAN KEHAMILAN! KAEDAH PERANCANG APA?

Merancang keluarga merupakan tindakan yang bertanggungjawab dan bijak. Kaedah merancang keluarga pada zaman ini sangat penting. Tapi tahukah anda jenis-jenis perancang keluarga yang ada di pasaran.

Poor spacing @ jarak kelahiran yang rapat menyebabkan kandungan seterusnya beresiko tinggi, malahan boleh menyebabkan ibu penat dari segi mental dan fizikal terutama dalam menguruskan perihal rumah tangga, peribadi dan anak yang masih menyusu.

Setiap anak adalah rezeki yang diberikan oleh Tuhan. Tetapi anak juga adalah amanah yang perlu dijaga dan diuruskan dengan baik.

Kenapa perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?

Menentukan masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan berapakah bilangan yang di ingini. Ibu-ibu digalakan mengamalkan perancang keluarga berkesan.

Masa yang sesuai untuk wanita hamil:

  1. Umur: 20 – 35 tahun
  2. Anak terakhir berusia 2 tahun
  3. Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
  4. Pasangan ingin mempunyai anak

Kaedah-kaedah perancang keluarga:

  1. Kaedah halangan: kondom, topi servik, diafram
  2. Kaedah hormon: pil, implan, suntikan
  3. Kaedah alat dalam rahim
  4. Kaedah kekal: ikat tiub fallopian, ikat saluran mani lelaki

Kaedah yang boleh di dapatkan di Klinik Dr. Rose:

IUCD (INTRA-UTERINE CONTRACEPTIVE DEVICE)

SHARE:

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions