STD atau penyakit kelamin merupakan antara jangkitan yang mungkin tidak mempunyai sebarang simptom atau tanda sebagai amaran. STD disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti.
Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi di kalangan remaja berumur antara 16 hingga 24 tahun. Di antara sebab pertambahan kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks dan melakukan seks bebas pada umur yang muda.
Jangkitan STD tidak akan merebak melalui bersalaman, pelukan, tempat duduk mangkuk tandas, tuala, hidangan makanan, telefon atau gigitan serangga. Apa yang perlu anda tahu, badan tidak membina sebarang imunisasi kepada sebarang penyakit kelamin.
Simptom STD:
Diagnosa: Melalui aduan dan sejarah pesakit. Ini diikuti dengan ujian darah, air kencing dan ujian-ujian yang lain. Sampel juga di ambil untuk dihantar ke makmal.
Pencegahan: Hindari seks bebas dan setia kepada pasangan adalah cara yang paling efektif dan praktikal.
Sekiranya anda merupakan golongan yang berisiko atau mempunyai gejala – berhenti melakukan sebarang perhubungan seks dan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan (anda dan pasangan)