KLINIK DR ROSE

VAKSIN BABY WAJIB, TAMBAHAN — INI JADUALNYA

Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit.

1. Bayi anda sangat mudah terjejas apabila terkena jangkitan
Bayi anda sangat mudah terjejas apabila dijangkiti penyakit cegahan vaksin kerana sistem imun mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Vaksin membantu menguatkan sistem imun anak anda untuk melindungi mereka daripada komplikasi yang boleh membahayakan nyawa.

2. Perlindungan melalui susu ibu (imuniti daripada ibu) tidak mencukupi
Bayi yang baru dilahirkan mungkin menerima imuniti terhadap sesetengah penyakit (dalam bentuk antibodi) daripada ibu mereka dalam tempoh beberapa minggu terakhir kandungan, sekiranya ibu mereka pernah dijangkiti penyakit. Walau bagaimanapun, imuniti daripada ibu hanya melindungi bayi terhadap penyakit bertahan dalam masa 9 bulan. Apabila imuniti semakin berkurangan, bayi akan turut berisiko untuk dijangkiti penyakit.

3. Imuniti melalui jangkitan semulajadi adalah berbahaya. Badan kanak-kanak selalunya tidak boleh melawan penyakit ini.
Untuk membentuk imuniti semulajadi terhadap suatu penyakit, anak anda perlu mendapat penyakit dan sembuh daripadanya. Hal ini akan meletakkan anak anda dalam risiko akibat komplikasi yang boleh membahayakan nyawa. Pemberian imunisasi kepada kanak-kanak menawarkan perlindungan yang sama seperti imuniti semulajadi, tanpa anak anda menderita dengan risiko penyakit tersebut.

4. Imuniti akan berkurangan dari masa ke masa, jadi ingat untuk mengambil dos penggalak.
Imunisasi kanak-kanak memberi imuniti hanya untuk jangka masa tertentu. Oleh itu, suntikan penggalak diperlukan untuk merangsang semula sistem imun. Jika anak anda tidak mendapat dos penggalak pada masanya, perlindungan mereka mungkin berkurangan.

Vaksin Tambahan untuk Bayi 

Rotavirus 

Rotarix (RV1): Diberikan dalam 2 set dos,

  • Dos 1: umur 2 bulan
  • Dos 2: umur 3 bulan 

    Vaksin Influenza

    Bermula seawal usia 6 bulan.

    1. Dos pertama: seawal usia 6 bulan
    2. Dos kedua: 1 bulan selepas dos pertama

    Vaksin Cacar Air (CHICKEN POX)

    2 dos vaksin cacar air disyorkan

    1. Dos pertama: 12 bulan
    2. Dos kedua: 3 bulan selepas dos pertama
    SHARE:

    Dr Rose

      Leave a Reply

      Your email address will not be published. Required fields are marked *

      make an appointment

      You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
      @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
      Privacy Policy | Terms & Conditions