KLINIK DR ROSE

BUAH PINGGANG – PENYAKIT BATU KARANG DAN RAWATANNYA

7 Tanda Sakit Buah Pinggang dan Cara Mencegahnya - KKM

BUAH PINGGANG

Buah pinggang adalah sepasang organ penting dalam sistem badan yang berbentuk seperti kacang merah yang terdiri  dari glomerulus, arteri dan tiub-tiub kecil  untuk menapis darah yang melaluinya.

Fungsi Buah Pinggang

Fungsi utama buah pinggang ialah mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair badan (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersih dan mengawal kandungan air dan garam galian dalam darah. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair badan.

Buah pinggang berfungsi sebagai penapis dengan memastikan bahan yang diperlukan diserap ke dalam darah dan bahan yang tidak diperlukan dikeluarkan sebagai air kencing. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang.

Batu Karang

Air kencing mengandungi garam galian. Jika garam ini terlalu pekat dan berlebihan ia bertukar menjadi gumpalan kristal keras (batu karang) di dalam buah pinggang. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan. Batu karang yang kecil boleh menyebabkan pendarahan dan renal kolik iaitu kesakitan yang amat sangat akan dirasai sehingga batu itu dikeluarkan.

Pesakit akan disuruh minum air sebanyak 3 liter sehari untuk membersih buah pinggang. Jika batu-batu ini keluar dengan sendiri melalui air kencing atau dipecahkan dengan rawatan ultrasound

Sistem ini juga boleh mendapat jangkitan jika bakteria memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis(pai-lo-nef-rai-tis).

Diagnosis batu karang dengan imbasan ultrasound

Ujian Ultra Sound dapat memberi gambaran terhadap imej batu karang yang terbentuk terutamanya apabila buah pinggang membengkak. Manakala ujian intravenusurography pula dapat memberi imej yang lebih mengenai kedudukan, jenis, lokasi dan saiz batu karang.

TANDA-TANDA PENYAKIT BATU KARANG.

Umumnya, penghidap akan merasa sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang. Bagaimanapun, bagi mengenal pasti samada seseorang itu menghidap penyakit batu karang, ia bergantung kepada tanda-tanda yang dihidapi antaranya;

  1. Pesakit akan merasa kesakitan seperti berdenyut-denyut, berat dan sakit melilit yang amat sangat seolah-olah hendak bersalin.
  2. Loya-loya, hendak muntah dan berpeluh-peluh
  3. Serangan yang datang secara tiba-tiba.
  4. Tidak boleh kencing ( bergantung di mana letaknya batu karang tersebut )
  5. Kencing berdarah.

SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI GELAJA SEPERTI DIATAS, SEGERA LAKUKAN PEMERIKSAAN BAGI MENGELAKKAN KOMPLIKASI YANG LEBIH PARAH

BOLEH DAPATKAN JANJI TEMU ANDA ATAU TERUS WALK IN DI CAWANGAN KAMI DI JALAN KEBUN DAN DI TELOK GADONG

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions