KLINIK DR ROSE

Ujian Kesihatan Pra Perkahwinan! Wajib & Penting Untuk Di lakukan!

Kenapa perlu buat ujian kesihatan sebelum berkahwin?

Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain. Mana-mana individu yang telah dijangkiti akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara

Pemeriksaan kesihatan juga dapat menyediakan pasangan untuk mengesan penyakit yang berkaitan dengan masalah kesuburan.

Di samping itu, ia juga menjadi persediaan mental untuk setiap pasangan, membantu untuk mengelakkan fasa ‘terkejut’ selepas berkahwin atau melakukan keputusan yang betul untuk meneruskan kehidupan mereka bersama pasangan.

Apa akan terjadi semasa ujian ini?

Ujian kesihatan sebelum perkahwinan, termasuklah:

  • Sejarah perubatan peribadi dan keluarga
  • Pemeriksaan umum seperti berat badan, tinggi, dan tekanan darah.
  • Pemeriksaan darah seperti gula, kolesterol, buah pinggang, hati, urik asid, talasemia
  • Untuk lelaki boleh menjalani ujian ultrasound bagi prostat dan ujian air mani. Dengan menjalankan ujian ini, doktor akan tahu kualiti sperma lelaki, serta menilai kesuburan mereka
  • Ujian darah: Ujian ini membantu doktor untuk mengenal pasti penyakit yang boleh disebarkan daripada bakal ibu kepada anak mereka nanti seperti hepatitis B dan penyakit kelamin lain
  • Pemeriksaan hormon seks: estrogen, FSH, LH, progesterone (wanita), testosterone (lelaki)

Jika wanita tidak mahu terus mendapat anak selepas berkahwin, boleh mendapatkan nasihat tentang kaedah merancang keluarga.

Ujian-ujian ini membantu mengesan, menghalang atau menyediakan rawatan untuk penyakit-penyakit yang serius sebelum berkahwin. Masa depan kesihatan bakal anak anda juga akan lebih terjamin jika ujian dijalankan!

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions