KLINIK DR ROSE

JANGKITAN KULIT, KUDIS API (IMPETIGO)

Kudis api merupakan penyakit kulit yang selalunya menjangkiti golongan kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai Impetigo dalam bidang perubatan dan ia disebabkan oleh jangkitan kuman yang bernama Staphylococcus Aureus atau Streptococcus Pyogenes. Kudis bernanah ini mudah merebak ke kawasan badan yang lain.

Umumnya, ia akan menyebabkan kulit anak anda mengalami masalah kudis berwarna kemerahan yang mudah pecah dan mungkin mengeluarkan lendir atau nanah.

Apabila kudis itu mula pecah, maka akan keluar cecair dari situ yang kemudian bakal mengering dan mencipta keruping berwarna seakan kekuningan atau kecoklatan.

Dalam pada itu, jangkitan kuman itu turut berpunca daripada faktor risiko berikut:

  • Umur, kanak-kanak berumur 2 ke 5 tahun paling berisiko
  • Luka akibat trauma pada kulit
  • Tabiat menggaru
  • Cacar air
  • Kondisi kayap
  • Masalah ekzema
  • Gigitan serangga
  • Jangkitan kurap
  • Sistem imuniti yang lemah
  • Cuaca yang panas dan lembap

Komplikasi Yang Mungkin Berlaku Pada Pesakit

Secara umum, Impetigo ini bukan penyakit yang membahayakan. Namun, ada juga peluang yang rendah pesakit ini akan mendapat komplikasi. Komplikasi seperti:

  • Cellulitis. Penyakit ini merupakan jangkitan kulit yang lebih serius di mana ia boleh merebak ke noda limfa atau saluran darah. Cellulitis yang tidak dirawat akan mengancam nyawa pesakit tersebut!
  • Masalah buah pinggang. Salah satu masalah yang boleh berlaku pada buah pinggang adalah keradangan iaitu post-streptococcal glomerulonephrits. Komplikasi ini amat jarang berlaku dan kejadiannya diakibatkan oleh jangkitan Streptococcus Pyogenes. Pesakit akan mengalami gejala seperti kencing berdarah, bengkak badan atau meningkatkan tekanan darah.
  • Demam Scarlet. Komplikasi jangkitan Streptococcus ini juga jarang berlaku di mana pesakit akan mengalami demam panas, ruam merah seluruh badan, muntah dan sakit badan.

Sekiranya anak anda menghadapi masalah ini, anda harus membawa anak anda untuk berjumpa doktor supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.

SHARE:

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions