Kelenjar sebaceous adalah kelenjar mikroskopik pada kulit yang merembeskan bahan berminyak/berlilin, dikenali sebagai sebum, bagi melicinkan kulit dan rambut.
Kelenjar sebum berfungsi dalam:
PENYEBAB SEBACEOUS CYST
Cysts boleh terjadi apabila kelenjar atau salurannya tersumbat atau rosak dan menyebabkan minyak sebum tidak dapat dialirkan keluar ke kulit atau rambut.
Ini biasanya disebabkan oleh trauma yang berlaku ke atas bahagian kelenjar dan saluran sebaceous termasuk perbuatan menggaru, pembedahan ke atas bahagian kulit tersebut, atau masalah kulit seperti jerawat.
Sebaceous cyst menumbuh dengan kadar yang perlahan, oleh itu trauma mungkin berlaku dalam jangkamasa yang lama sebelum seseorang mendapati sebaceous cyst wujud pada bahagian badannya.
RAWATAN
Rawatan yang terbaik untuk membuang sebaceous cyst adalah melalui pembedahan. Ia adalah penting kerana tanpa pembedahan yang lengkap biasanya sebaceous cyst akan berulang kembali.
Kaedah rawatan adalah melalui excision iaitu membuang cyst sepenuhnya. selepas cyst dibuang, antibiotik mungkin diperlukan untuk mengelakkan jangkitan kuman.