KLINIK DR ROSE

Perancang Keluarga- Suntikan Depo

Salam para wanita hebat.

Wanita selepas melahirkan anak kadang-kadang masih keliru untuk buat keputusan dalam merancang keluarga. Antara sebabnya adalah; kurang pengetahuan, ingin merancang sendiri menggunakan metode kalendar – tidak sesuai untuk wanita haid teratur atau kaedah azal yang sangat susah untuk dikawal.

Merancang keluarga, bukanlah untuk STOP mengandung, tetapi beri masa untuk wanita berehat : build up balik tenaga, kembali sihat dan segar. gitu… Di samping itu, kesihatan mental, keluarga, anak dan ekonomi pun terjaga. Berapa lama? Sekurang kurangnya tempoh 2 tahun.

Antara kaedah merancang yang ada di Klinik Dr Rose ialah suntikan depo – mengandungi hormon medroxyprogesterone acetate. Perlu diambil setiap 3 bulan.

Bagaimana hormon ini bekerja?

  1. Menghalang proses ovulasi — ovari tidak akan mengeluarkan telur
  2. Memekatkan mukus servikal — sperma tidak dapat berenang

Apakah kebaikan dia?

  • Tidak perlu mengambil pil setiap hari 
  • Sesuai untuk wanita yang tidak boleh mengambil hormon estrogen
  • Mengurangkan cramping semasa period

Ada tak risiko dia?

  • Kesuburan – dalam masa 10 bulan untuk kembali subur
  • Mengurangkan densiti tulang 
  • Tidak menghalang dari penyakit menular melalui seks
  • Berat badan naik 
  • Period tidak regular 
  • Kurang libido

Harap dapat membantu puan puan untuk memilih kaedah merancang yang sesuai.

❤️, Dr Rose

SHARE:

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions