KLINIK DR ROSE

BENGKAK PROSTAT ATAU KANSER PROSTAT ? APA BEZANYA ?

Prostate adalah satu kelenjar yang menjadi sebahagian kepada sistem reproduktif lelaki. Kelenjar ini terdiri daripada 2 lobar yang diselaputi oleh satu lapisan tisu luar.

Biasanya berlaku kepada lelaki yang berumur. Sepanjang hidup lelaki menghasilkan DHT, satu bahan yang berasal daripada testosteron di dalam kelenjar prostat yang menyebabkan ia membengkak. Dengan peningkatab umur, lelaki terus mengeluarkan dan mengumpul paras DHT yang tinggi. DHt ini menggalakkan pertumbuhan sel prostat dan menyebabkannya membengkak.

Tanda dan gejala bengkak prostat:

  1. Aliran kencing yang tidak lancar
  2. Meleleh atau menitis setelah kencing
  3. Kencing kerap terutama waktu malam

Tanda dan gejala kanser prostat:

  1. Kesukaran kencing
  2. Aliran kencing lemah
  3. Kerap kencing
  4. Darah dalam dalam air kencing
  5. Darah dalam air mani
  6. Ejakulasi yang menyakitkan
  7. Disfungsi erektil
  8. Sengal tulang

Ujian untuk mendiagnosis:

  1. PSA — diambil dari sampel darah
  2. Ujian pengimejan — ultrasound atau MRI
SHARE:

Dr Rose

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    make an appointment

    You can schedule your visit by calling our friendly reception staff or using our online appointment booking system
    @ 2023 Klinik Dr Rose. All Rights Reserved.
    Privacy Policy | Terms & Conditions